Saturday, 12 January 2013

Messi si Ballon d'or


Baru-baru ni sudah berlangsung majlis penyampaian anugerah paling berprestij dalam industri bolasepak dunia apa lagi kalau bukan Ballon d'or. Messi tanpa segan silu sekali lagi telah diundi oleh si pengundi seluruh dunia sebagai pemain terbaik 2012/2013. Messi telah menjadi atlet bolasepak pertama di muka bumi yang meraih anugerah ini 4 kali berturut. Walaupun Barcelona tidak mampu muncul juara liga juara-juara dan juga la liga tetapi mungkin kerana dengan kejayaan messi memecah rekod Gerd Muller yang telah bertahan selama "40 TAHUN" maka kebanyakan pengundi-pengundi telah menganggap Messi layak menerima anugerah terulung yang boleh dikira setaraf anugerah nobel ini dan akhirnya Messi telah meninggalkan pencabar dari benua Eropah Cristiano dan juga rakan baiknya di Barcelona Don Andres. Berikut adalah keputusan peratusan undi yang telah dikira:

Lional Andres Messi  : 41.60%
Cristiano                    : 23.68%
Andres Iniesta            : 10.91%

Undian telah dijalankan melalui 3 kategori pengundi yang terdiri dari kebanyakan negara-negara besar bolasepak dunia iaitu jurulatih negara, kapten negara dan seorang wakil media yang mewakili setiap negara.

Ada satu perkara menarik tentang Messi dan Ballon d'or ni. Pakaian dia. Cuba tengok pakaian Messi setiap kali dia terima Ballon d'or. Terbaik.

                            




Messi menggunakan konsep pakain yang berbeza setiap kali menerima anugerah ini. Memang "Legend"

No comments:

Post a Comment