Sunday, 13 January 2013

Barcelona Bertemu Malaga 3X berturut-turut!

Bermula 13 Januari 2013 ini Barcelona akan berdepan Malaga iaitu antara salah sebuah kelab Eropah yang telah berbelanja besar bagi musim 2012/2013 ini setelah bertukar tampuk pemilikan oleh seorang jutawan Arab iaitu Sheikh Abdullah Al-Thani. untuk rekod bagi musim 2012/2013 Malaga setakat ini berada di tempat kelima di belakang Real Betis dengan 31 mata bagi 18 perlawanan. Kemudian barcelona akan bertemu untuk penentuan ke final Copa Del Rey pada 16 Januari 2013 dan timbal balik di stadium La Rosaleda di Malaga. Pertemuan ini dianggap menarik kerana sebelum ini malaga telah melakukan suatu kejutan besar! Apa yang paling mengejutkan sekali adalah kejayaan mereka mengatasi musuh tradisi Barcelona, Real Madrid dengan 4-3. Suatu kejayaan yang tidak boleh dipandang ringan oleh pemain Barca. Malaga sebelum ini tumpas 4-1 di tangan Barcelona pada musim lalu. Namun rekod ini perlu diketepikan dan diharap pemain mampu memberi fokus yang tinggi agar Barcelona mampu meraih treble lagi musim ini. "Visca Barca"

No comments:

Post a Comment