Pada Majlis Ballon d'or 2013 yang diadakan di Zurich Jerman tiga finalis Ballon d'or telah memperagakan pakaian masing-masing. Berikut adalah harga pakaian mereka menurut akhbar Catalan Daily Sport:
1. Ronaldo: 3,500 Euro
2. Messi: 1,400 Euros
3. Iniesta: 236 Euros
KIPAS SUSAH MATI BARCELONA
Sunday, 13 January 2013
Nombor dan Warisan
Setelah berdekad-dekad lamanya Barcelona FC menjadi antara gergasi Eropah yang digeruni terdapat satu signifikasi dari segi pewarisan nombor dari satu generasi ke generasi. Sama ada perkara ini adalah kebetulan atau memang telah dirancang ianya tetap menarik perhatian ramai peminat Barca seluruh dunia. Di bawah ini kita dapat melihat bagaimana pewarisan nombor ini berlaku dan sememangnya kepada mereka yang layak menyarung jersi tersebut.
1. Ronaldinho- Messi
2. Guardiola- Fabregas
3. Rivaldo- Ronaldinho
1. Ronaldinho- Messi
2. Guardiola- Fabregas
3. Rivaldo- Ronaldinho
No. 10 Nombor Keramat
Sejak turun-temurun lagi manusia sememangnya obses terhadap angka tidak terkecuali dalam arena bola sepak. Nombor 10 cukup terkenal dalam sukan bola sepak kerana pemain yang menyarung jersi no. 10 ini biasanya mereka yang memiliki tahap genius yang luar biasa dan menguasai era bola sepak zaman masing-masing. Di Barcelona no. 10 tidak akan diberi sebarang-barang kerana jika kita orang yang telah bersedia memakainya dan memikul tanggungjawab nombor keramat itu sahaja yang akan mewarisi angka 10. Walaupun pemain itu merupakan seorang penggelecek terhandal, pembuat hantaran tepat terbaik tetapi pemain itu mesti melakukan sesuatu yang di luar jangkaan akal dan memiliki tahap keberanian 100% untuk menyarung jersi keramat bernombor 10 ini. Sekarang lihat antar penyarung legenda jersi no. 10 Barcelona:
1. Romario
2. Rivaldo
2. Ronaldinho
3. Lionel Messi
1. Romario
2. Rivaldo
2. Ronaldinho
3. Lionel Messi
Barcelona Bertemu Malaga 3X berturut-turut!
Bermula 13 Januari 2013 ini Barcelona akan berdepan Malaga iaitu antara salah sebuah kelab Eropah yang telah berbelanja besar bagi musim 2012/2013 ini setelah bertukar tampuk pemilikan oleh seorang jutawan Arab iaitu Sheikh Abdullah Al-Thani. untuk rekod bagi musim 2012/2013 Malaga setakat ini berada di tempat kelima di belakang Real Betis dengan 31 mata bagi 18 perlawanan. Kemudian barcelona akan bertemu untuk penentuan ke final Copa Del Rey pada 16 Januari 2013 dan timbal balik di stadium La Rosaleda di Malaga. Pertemuan ini dianggap menarik kerana sebelum ini malaga telah melakukan suatu kejutan besar! Apa yang paling mengejutkan sekali adalah kejayaan mereka mengatasi musuh tradisi Barcelona, Real Madrid dengan 4-3. Suatu kejayaan yang tidak boleh dipandang ringan oleh pemain Barca. Malaga sebelum ini tumpas 4-1 di tangan Barcelona pada musim lalu. Namun rekod ini perlu diketepikan dan diharap pemain mampu memberi fokus yang tinggi agar Barcelona mampu meraih treble lagi musim ini. "Visca Barca"
Saturday, 12 January 2013
Messi si Ballon d'or
Baru-baru ni sudah berlangsung majlis penyampaian anugerah paling berprestij dalam industri bolasepak dunia apa lagi kalau bukan Ballon d'or. Messi tanpa segan silu sekali lagi telah diundi oleh si pengundi seluruh dunia sebagai pemain terbaik 2012/2013. Messi telah menjadi atlet bolasepak pertama di muka bumi yang meraih anugerah ini 4 kali berturut. Walaupun Barcelona tidak mampu muncul juara liga juara-juara dan juga la liga tetapi mungkin kerana dengan kejayaan messi memecah rekod Gerd Muller yang telah bertahan selama "40 TAHUN" maka kebanyakan pengundi-pengundi telah menganggap Messi layak menerima anugerah terulung yang boleh dikira setaraf anugerah nobel ini dan akhirnya Messi telah meninggalkan pencabar dari benua Eropah Cristiano dan juga rakan baiknya di Barcelona Don Andres. Berikut adalah keputusan peratusan undi yang telah dikira:
Lional Andres Messi : 41.60%
Cristiano : 23.68%
Andres Iniesta : 10.91%
Undian telah dijalankan melalui 3 kategori pengundi yang terdiri dari kebanyakan negara-negara besar bolasepak dunia iaitu jurulatih negara, kapten negara dan seorang wakil media yang mewakili setiap negara.
Ada satu perkara menarik tentang Messi dan Ballon d'or ni. Pakaian dia. Cuba tengok pakaian Messi setiap kali dia terima Ballon d'or. Terbaik.
Messi menggunakan konsep pakain yang berbeza setiap kali menerima anugerah ini. Memang "Legend"
Lional Andres Messi : 41.60%
Cristiano : 23.68%
Andres Iniesta : 10.91%
Undian telah dijalankan melalui 3 kategori pengundi yang terdiri dari kebanyakan negara-negara besar bolasepak dunia iaitu jurulatih negara, kapten negara dan seorang wakil media yang mewakili setiap negara.
Ada satu perkara menarik tentang Messi dan Ballon d'or ni. Pakaian dia. Cuba tengok pakaian Messi setiap kali dia terima Ballon d'or. Terbaik.
Messi menggunakan konsep pakain yang berbeza setiap kali menerima anugerah ini. Memang "Legend"
Jersi Barcelona Home
1. Lionel Andres Messi
2. Andres Iniesta Lujan
3. Xavier Hernandez
4. Daniel Alves da Silva
5. Gerard Pique
Banyak-banyak benda ada satu benda yang aku perasan dekat gambar-gambar ni. Mimik muka diaorang. 2011 dan ke bawah semua senyum siap ada nampak gigi lagi tapi gambar tahun 2012 semua serius.
Subscribe to:
Posts (Atom)